Follow Me on Twitter

Ala-Hai! 10 Kelebihan Sembahyang Tarawih




KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH

Saiyidina Ali r.a telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW apabila baginda ditanya oleh sahabat - sahabat baginda mengenai kelebihan sembahyang tarawih di malam - malam bulan Ramadhan.



Berikut ialah kelebihan - kelebihan sembahyang tarawih itu mengikut malam - malam ianya ditunaikan :

Malam Pertama
Diampunkan dosa - dosa orang yang beriman sepertimana ia baru dilahirkan.

Malam Kedua
Diampunkan dosa - dosa orang yang beriman yang mengerjakan sembahyang tarawih serta diampukan dosa kedua - dua ibu dan bapanya.

Malam Ketiga
Malaikat di bawah arasy berseru supaya orang - orang yang mengerjakan sembahyang tarawih itu meneruskan sembahyangnya pada malam - malam yang lain dan semoga Allah akan mengampunkan dosa - dosa mereka.

Malam Keempat
Orang - orang yang mengerjakan sembahyang tarawih akan mendapat pahala yang diperolehi oleh orang - orang yang membaca kitab - kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al - Quran.

Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakannya pahala seperti pahala seperti pahala orang - orang yang mengerjakan sembahayang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan pahala seperti pahala kepada malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur dan setiap batu dan pasir berdoa untuk keampunan bagi orang - orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam itu.

Malam Ketujuh
Pahalanya seperti ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya menentang Fir'aun dab Hammam.

Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersembahyang tarawih sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala kepadanya seperti ibadat Nabi Muhammad SAW kepada Allah SWT.

Malam Kesepuluh
Allah SWT akan mengurniakannya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Lagi 20 akan disiarkan dari semasa ke semasa...Harap - harap kamu semua yang diluar sana dapat pergi menunaikan ibadat dan solat tarawih di surau yang berdekatan....


Kalau korang suka post Admin,

Subscribe Blog ini melalui Email:

Tekan link ini untuk Melanggan Lawak dan Gossip harian anda melalui Email daripada "Ala-Hai!", supaya anda tidak terlepas daripada berita - berita atau gossip panas artis tempatan kita dan lawak yang mampu membuatkan anda kering gusi

1 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Ramai alim ulama dan guru yang mengklasifikasikan hadis ini sebagai hadis mauduk (palsu) termasuk Ust2 dari jab. agama Islam negeri, jadi minta jangan di sebarkan lagi kerana implikasinya lebih kpd keburukkan dari kebenaran. Tk
salam Ramadhan

Post a Comment

Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin