Follow Me on Twitter

Ala-Hai! Anita Sarawak Dan Suami Diserang Perompak

Artis veteran kita, Anita Sarawak dan suaminya Mahathir Abdullah telah diserang empat perompak bersenjatakan parang di Taman Melawati pada 6 petang tadi. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia zaman sekarang nih?? Tak ada sumber halal yang lain ke untuk cari duit??





Bagaimanapun, Mahathir tercedera ketika bertindak mempertahankan diri. Dia dikelar di bahagian dadanya dengan parang.

Kekecohan yang berlaku menyedarkan jiran-jiran. Perompak-perompak itu melarikan diri dengan dua motosikal.

Dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Tun Razak untuk mendapatkan rawatan dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.




Ketika insiden tersebut berlaku, menurut sumber polis, pasangan itu sedang dalam perjalanan ke rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalthum yang merupakan aktres veteran, berdekatan dengan Zoo Negara.

Mereka ingin mengambil Umi di rumahnya untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa.



Apa - apa pun Admin mendoakan bahawa Suami Kak Anita dalam keadaan sihat sejahtera dan cepat pulih dari kecederaan yang dialaminya.


Kalau korang suka post Admin,

Subscribe Blog ini melalui Email:

Tekan link ini untuk Melanggan Lawak dan Gossip harian anda melalui Email daripada "Ala-Hai!", supaya anda tidak terlepas daripada berita - berita atau gossip panas artis tempatan kita dan lawak yang mampu membuatkan anda kering gusi

Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin