Follow Me on Twitter

Ala-Hai! Gambar Anak Sharifah Aleya

Setelah lebih dua bulan melahirkan pasangan bayi kembar Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf, Sharifah Aleya akhirnya memperkenalkan pasangan bayi comel itu buat pertama kalinya kepada media.

Bagi sesiapa yang tak mengenali Sharifah Aleya ini, dia adalah pelakon dan penyampai radio Hot FM.





Ini apa yang dikatan oleh Sharifah Aleya bersama suami tercinta beliau iaitu Muhammad Ashraf Aasimudin.


"Saya ingin menghabiskan masa beberapa minggu yang sangat istimewa itu bersama bayi-bayi kesayangan saya. Lagipun Aza dan Asha dilahirkan pra-matang. Ketika itu mungkin kurang sesuai untuk diperkenalkan kepada media,"



Leya selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi, 27 Jun lalu di sebuah hospital kerajaan.Dia tidak dapat bersalin secara normal berikutan terdapat beberapa masalah yang menyebabkan terpaksa menggunakan kaedah ceasarean atau bersalin melalui pembedahan.


Doktor menasihatkannya menjalani pembedahan dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi ke atasnya dan juga bayi. Bayi pertamanya, Aza yang seberat 1.71 kilogram (kg) itu dilahirkan pada pukul 11.46 pagi, manakala yang kedua (Asha) pula seminit selepas itu dengan seberat 1.98 kg.


"Apabila saya keluar dari hospital dua hari selepas bersalin, kami terpaksa tinggalkan Aza di hospital. Adalah menjadi polisi hospital tidak membenarkan bayi kurang daripada 1.8 kg untuk keluar dari hospital.

"Pada masa itu, saya perlu berulang-alik dari rumah saya di Sri Damansara ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setiap hari sehingga Aza boleh keluar.

"Bayi kat rumah pula pandai bermain dengan emosi... terutama ketika keluar dari rumah," ujar Leya sambil mengenangkan detik-detik kepayahannya selepas bersalin. Bagaimanapun, menurut Leya, segala-gala keperitan bergelar ibu amat berbaloi ketika bayi-bayi kesayangan didakap erat dan dibelai dengan penuh kasih sayang.







Tahniah kami ucapkan kepada korang berdua kerana dapat memperolehi anak - anak yang comel dan kami mendoakan bahawa korang semua bahagia.

Semoga Bahagia Hingga Ke Anak Dan Cucu Cicit Skali









Kalau korang suka post Admin,

Subscribe Blog ini melalui Email:

Tekan link ini untuk Melanggan Lawak dan Gossip harian anda melalui Email daripada "Ala-Hai!", supaya anda tidak terlepas daripada berita - berita atau gossip panas artis tempatan kita dan lawak yang mampu membuatkan anda kering gusi

Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin