Follow Me on Twitter

Ala-Hai! Amani Dan Gavin Menemui Cinta Di Merong Mahawangsa

Lokasi penggambaran filem terbitan KRU Studios, Merong Mahawangsa, adalah detik pertama pertemuan mereka yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta pasangan kekasih ini iaitu Sharifah Amani, 23, dan pelakon dari Britain, Gavin Stenhouse, 23.

Dan ternyata, percintaan mereka itu bukan lagi rahsia apabila Amani yang mesra dengan panggilan Nani ini membawa Gavin ke majlis pengenalan bayi kembar kakaknya, Sharifah Aleya, semalam.




Kemesraan yang ditunjukkan Gavin dan Nani mendedahkan kisah cinta mereka yang disimpan kemas sebelum ini.

Gavin ketika ditanya untuk mengesahkan perhubungannya dengan Amani berkata tersipu-sipu: "Dia sangat jelita. Kami akan lihat bagaimana perhubungan ini berpanjangan."

Mengimbas detik awal perkenalan mereka, kata Gavin, hubungan mereka menjadi rapat kerana Nani ialah penolong pengarah 'stunt' director dalam filem Merong Mahawangsa itu

"Kami bertemu di set penggambaran dan dari situ perhubungan kami bermula. Apa pun, perhubungan cinta antara kami berdua itu datang secara semula jadi," kata Gavin.

Menurut Gavin lagi, keluarga Nani memberikannya layanan istimewa dan bantuan sokongan sepanjang dia berada di Malaysia sejak Mei lalu.


Gavin yang telah habis membuat penggambaran Merong Mahawangsa memberitahu, dia juga akan menetap di Malaysia sepanjang Ramadan dan Syawal untuk merayakan Hari Raya.


"Malah saya telah berpuasa sejak hari pertama. Nani ada menjelaskan kepada saya tujuan umat Islam berpuasa dan saya mendapati tujuannya adalah sangat baik," kata pelakon dan pemuzik ini.

Berpuasa buat julung kalinya, Gavin mengakui ia amat mencabar.

"Lebih-lebih lagi apabila saya ternampak minuman sejuk tetapi terpaksa menahan diri (daripada minum).

"Perkara melucukan ialah saya pernah tertidur lewat sehingga terlupa makan sahur. Masa itu saya memang amat lapar.






Saya lelaki bertuah kerana keluarga Nani selalu menjemput saya untuk berbuka puasa bersama-sama," katanya yang sedang berunding untuk berlakon dalam teater Cuci The Musical tetapi kesemuanya bergantung kepada komitmen kerjanya di London nanti.



Sementara itu, Nani yang enggan membicarakan kisah percintaannya pada awalnya akur dia amat serasi bersama dengan Gavin.



"Selain Gavin sebaya dengan saya, kami sama gelombang (serasi). Oleh itu, kami boleh klik bersama dan majlis hari ini adalah acara keluarga, tak kan saya nak tinggalkannya begitu sahaja," jelas Nani

Dalam pada itu, ibu Nani, pelakon Fatimah Abu Bakar juga mengesahkan anaknya itu memang di dalam proses mengenali hati budi dengan jejaka tersebut.








Kalau korang suka post Admin,

Subscribe Blog ini melalui Email:

Tekan link ini untuk Melanggan Lawak dan Gossip harian anda melalui Email daripada "Ala-Hai!", supaya anda tidak terlepas daripada berita - berita atau gossip panas artis tempatan kita dan lawak yang mampu membuatkan anda kering gusi

2 comments:

wikwiki said...

hai...ngan omputih jealah kaw nih...

Ala-hai said...

sunat kang....hehehe

Post a Comment

Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin