Follow Me on Twitter

Ala-Hai! Gambar Abby Abadi yang mesra bersama Zul

Kalau baru - baru gambar Memey Suhaiza yang bermesra dengan Norman Hakim dan anaknya telah tersebar di internet, kali ini time Abby Abadi pulak nak "balas dendam". Abby Abadi yang mesra dengan Zul ini diambil semasa Family Day Skop Production dan di uploadkan ke laman web facebook milik Abby.


Dengan melihat riak wajah muka Abby Abadi nih Admin rasa Abby heppi sangat kan ngan Zul nih??? kan?? kan?? Siap leh peace2 lagi tuh...Abby! Gua peace balik!!


Ala-Hai! Dafi AF5 Pelajar Terbaik Universiti LimKokWing

Tahniah Admin ucapkan kepada Gaddafi Datuk Seri Ismail Sabri yang juga dikenali sebgai Dafi yang menyanyikan lagu single pertama berjudul Bila Terasa Rindu. Dafi yang berumur 21 tahun ini telah dipilih pelajar sebagai pelajar terbaik Akademi Senireka Muzik dan Bunyi LimKokWing sempena majlis Graduasi Kelas 2009 Universiti LimKokWing. Semoga dengan anugerah yang telah diterima, Dafi akan terus maju, meningkatkan prestasi dan juga mengurangkan kontrovesi..ayat macam familiar jek...Tahniah2 bebanyak



Ala-Hai! Curik 2 Buku, Dapat 2 Bulan Penjara dan Denda RM2,000


Korang still ingat lagi tak tentang kes Farid Amirul yang juga dikenali sebagai Ditektif Lim dalam drama Gerak Khas yang dibicarakan kerana dituduh mencuri buku akhirnya selesai.

Farid dikatakan telah mencuri 2 buah buku yang berjudul Decoding The Heavens yang berharga RM105 dan sebuah lagi yang berjudul The Sistine Secrets yang berharga RM89.90 di MPH Book Store Midvalley tepat pada pukul 7.15 minit malam pada 27 Mac yang lalu


Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelakon yang popular dengan watak `Detektif Lim’ itu membela diri atas tuduhan mencuri dua buku di kedai buku MPH, Mac lalu.

Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi sistem litar tertutup (CCTV).


Farid telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 bulan dan denda RM2,000 atas tuduhan mencuri buku. Tertuduh bersama peguambela Nor Azri Mohd Arif membuat rayuan di depan Majistreet Mohd Faizi Che Abu untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Ala-Hai : Haa...padan muka, sebab curik 2 buku la dah kene denda 2,000....lain kali jangan mencuri lagi tau!!



Ala-Hai! Majlis Pernikahan Aien Kembar Ekin

Tahniah Admin ucapkan kepada Aien iaitu kembar Ekin kerana telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dia dengan suami tercinta Datuk Arif Ambrose Leonard Ng di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 12.30 tengah hari semalam, dengan sekali lafaz. Layan gambar di sekitar majlis tersbut.










Ala-Hai! Ashraf Sinclair Terpaksa Berehat Kerana Menjalani Pembedahan Usus


Ashraf Sinclair yang juga suami kepada isteri tersayang iaitu Bunga Cinta Lestari telah ditahan di Hospital di Menteng, Jakarta Pusat pagi semalam keranan Ashraf terpaksa menjalani pembedahan usus.

"Pembedahan usus terpaksa dilakukan segera," kata pengurus Ashraf dan Bunga, Dodi


Ashraf yang pernah membintangi filem 'Gol Dan Gincu' dan 'Saus Kacang' telah mengalami sakit perut secara tiba - tiba dan kemudian dikejarkan ke Hospital.

Ashraf berehat daripada menjalani pengembaraan sinetron 'Cinta Dan Anugerah' dan berehat di Hospital sambil ditemani isteri tercinta.



Anugerah Skrin 2009 "Arabian Night" Keputusan Penuh



Anugerah Skrin 2009 telah berlangsung degan menggunakan tema "Arabian Night". Dapat la Admin tengok artis - artis cun...hehehe....Ini dia senarai nama mereka yang memenangi anugerah dalam pelbagai kategori.

KATEGORI DRAMA
* Drama Terbaik: Tersasar di Jalanmu
* Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar ( Terlerai Takbir Kasih )
* Pelakon Wanita Terbaik Drama: Rosnah Mat Aris (Tersasar di Jalanmu)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Ahmad Tamimi Siregar (Tak Serupa Tapi Sama)
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)
* Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima (Tersasar di Jalanmu)
* Lakon TV Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)
* Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru
* Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe
* Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

KATEGORI FILEM
* Filem Terbaik : Wayang
* Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Eman Manan (Wayang)
* Pelakon Wanita Terbaik Filem : Liyana Jasmay (KAMI The Movie)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Zulhuzaimy (Wayang)
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Ida Nerina (Wayang)
* Pengarah Terbaik Filem : Dr. Hatta Azad Khan (Wayang)
* Lakon Layar Terbaik : Fariza Azlina Isahak (KAMI The Movie)

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
* Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : Majalah 3 "Gaza"
* Rancangan Bual Bicara Terbaik : AC Di Sini
* Rancangan Hiburan Terbaik : Kemuncak Sehati Berdansa 2
* Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23
* Rancangan Realiti Terbaik : Gadis Melayu Akhir
* Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik : Buletin Utama "Air Najis"

ANUGERAH KHAS JURI
* Anugerah Yasmin Ahmad: Jaclyn Victor

Tahniah kepada semua para pemenang!

Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin