Follow Me on Twitter

Zizie Ezzete Beparti Sampai Baju Koyak

Jom layan gambar pasangan suami dan isteri, Bung Mohktar dan Zizie Ezette beparti sakan sampai terkoyak baju Zizie..Aduishh.

Mengikut sumber Admin, gambar nih diambil pada 23 Januari di sebuah kelab Shen – WR, Kota Kinabalu. Kata Debra lagi, pasangan laki bini baru nie berjoli sakan sampai pukul 4 pagi. Dan yang paling hebat ialah Abang Bung sanngup beparti sehingga pukul 4 pagi! Hebat la...tak sangka Admin yang Abang Bung nih begitu kuat dan bertenaga..Begitu Hebat!



Dasyat Sungguh....Hehehe


P/S : Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia selama - lamanya


Gambar Along Raja Lawak dan Zila AF4 Bernikah

Dua pasangan manis Alon Raja Lawak dan Zila AF4 yang telah bertunang selama setahun sebulan ini akhirnya telah sah bergelar suami isteri.Dengan dua kali lafaz sahaja, penyanyi dan pelakon Zila AF4 atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron sah menjadi isteri Alon Raja Lawak.

Mereka sah bergelar suami dan isteri dengan mas kahwin yang berjumlah RM200 dan disertai dengan tujuh dulang hantaran termasuk juga dengan wang hantaran sebanyak RM17,119.






Tony Eusoff dan Diana Johor Saman Gulatis RM1 Juta

Nampaknya poket tokey Gulatis akan bocor la jawabnyer sebab syarikat tekstil ini akan disaman buat kali yang kedua oleh 2 orang artis, iaitu Tony Eusoff dan Diana Johor.

Mereka berdua telah memfailkan saman yang berjumlah RM500,000 bagi setiap seorang terhadap syarikat tekstil tersebut kerana telah menggunakan gambar mereka bagi tujuan komersil untuk mempromosi jualan gedung pada kain rentang dan iklan tanpa kebenaran.

“Ia ibarat orang mengguna barang dan imej kita tanpa sebarang pengetahuan dan budi bicara sedangkan kita mempunyai hak.

“Lagipun, setiap artis Malaysia mempunyai ‘harga’. Sedangkan orang biasa pun akan cuba menegakkan keadilan. Apatah lagi insiden ini telah mengurangkan peluang kami untuk mendapat tawaran daripada syarikat lain.

“Peguam kami telah menghantar notis kepada pihak Gulatis namun tiada sebarang respons,” katanya.

Fahrin Ahmad Tayang Badan di Kolam Renang

Bace tajuk pon dah boleh buat para wanita di luar sana tak sabar nak tengok gambar nih. Bukan gambar bogel pon, cuma koleksi gambar Fahrin Ahmad separuh bogel di dalam kolam renang. Malas cakap banyak, Layan!






Jangan tenung lama - lama, nanti lain jadi kang!




Tahniah Kepada Azwan Ali Tersenarai Dalam Project Alpha 2



Tahniah Admin ucapkan kepada Azwan Ali dan beberapa bloggers yang lain kerana tersenarai dalam program Project Alpha 2. Blogger - blogger ini semua berasal daripada pelbagai latar belakang dan karier mereka masing - masing yang berbeza - beza seperti :

silaserazwanali.blogspot.com

cheeserland.com

shaolin tiger.com

kyspeaks.com

klubbkidd.com

mimi-ahmad.com

nicky chong

Dan tentunya yang paling menonjol ialah blog selebriti Azwan Ali, silaserazwanali.blogspot.com, yang popular dengan pelbagai post - post tentang isu 'panas' gossip artis industri tanah air kita dan tentang personal life Si Azwan nih.



Program realiti yang dibawakan khas oleh Adidas Fragrance ini akan mula bersiaran secara online pada April ini di kyanite.tv, nuffnang.com, jojostruys.com dan hitz.tv.

Tahniah lagi sekali Admin ucapkan kepada diorang semua yang tersenarai di atas, dan harap - harap boleh la diorang promote blog nih...hehehehe



Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin