Follow Me on Twitter

Wajah Comel Tengku Ratu Haidar, Anak Que dan Linda

Akhirnya dapat juga kita melihat wajah anak sulu Que Haidar dan Linda Jasmine setelah 4 bulan menunggu.

Tengku Ratu Haidar diperkenalkan di sebuah majlis yang ringkas dan sederhana yang diadakan di Bora Ombak, Ampang dimana majlis pernikahan Que dan Linda pada hari kekasih yang lepas.

Malas nak cakap banyak - banyak, korang layan je la gambar comel baby nih.





Gambar Jezamine Lim, Tunang Harith Iskander



Memang Cantik Jezamine Lim, bakal isteri Harith Iskander nih, Kagum Admin sebab Harith dapat pikat Doktor yang cun lagi cantik nih. Memang betul Jezamine nih seorang doktor dan dia kerja sebagai seorang model sementara menunggu untuk memulakan pekerjaan dia sebagai doktor kerajaan.



P/S : Kalau la dia jadi doktor nanti, hari - hari Admin nak buat - buat sakit sebab nak tengok muka cantik dia....hehehee



Ammar Beri Keterangan - Ugut Bunuh Wartawan

Ammar Alfian Aziz telah menerima pelbagai ancaman daripada pelbagai sudut sehingga ada yang berura-ura mahu meletakkannya dalam senarai yang digam media akibat luahan perasaan Ammar Alfian Aziz yang di tulis di laman web Facebooknya. Ada juga yang mengaku menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Ammar yang berbaur kasar.

Sebelum ini Ammar memilih untuk berdiam diri kerana terlalu malu dengan insiden berkenaan, namun selepas dihubungi, akhirnya dia bersetuju untuk menyuarakan pendiriannya. Berikut adalah penjelasan Ammar :
“PADA hari kejadian, sebenarnya saya tidak berniat menghadiri majlis berkenaan dan tidak tahu menahu mengenai larangan membawa kekasih yang dikenakan terhadap setiap pelakon yang terbabit dalam filem itu.

Namun saya ada di sana untuk bertemu Zed Zaidi atas urusan pendaftaran Persatuan Seniman Malaysia.


Tanpa disangka, saya terserempak dengan ibu Sarah dan dia mengajak saya menyertainya ke majlis itu walaupun saya enggan kerana sudah menonton filem berkenaan sebelum itu.


Kebetulan saya baru pulang dari salun rambut dan keadaan rambut saya yang berwarna-warni untuk disesuaikan dengan karakter drama yang saya jayakan membuatkan saya segan untuk bergambar, namun jurugambar berkenaan memaksa dan merentap tangan saya secara kasar, membuatkan saya kecil hati.


Selepas itu, dia langsung tak ucap terima kasih atau meminta maaf atas kelakuannya. Jadi saya memang marah ketika itu dan mengadu kepada Sarah yang kebetulan ada berhampiran saya.


Saya langsung tak marah dengan Sarah. Kenapa pula ada yang menganggap saya bergaduh dengannya sedangkan perkara itu tak berlaku sama sekali, dan ada yang menganggap saya naik angin hanya kerana Sarah bergambar berpelukan dengan Nabil.


Saya faham kerana itu tuntutan kerja, tetapi apabila ada yang mula menulis perkara tak benar mengenai saya tanpa meminta penjelasan, sudah tentu saya marah sehingga saya meluahkannya menerusi Facebook.


Saya minta maaf kalau ada wartawan terasa hati, tapi ketika itu saya memang benar-benar marah, apatah lagi Facebook bersifat peribadi dan ingin lihat siapa kawan dan siapa bukan.

Tak sangka ada pula yang menyebarkan luahan perasaan saya itu, walaupun sebelum ini pihak berkenaan begitu baik dengan saya. Kini, baru saya sedar siapa dirinya yang sebenar.


Berkenaan dakwaan saya ingin membunuh pihak berkenaan, itu sekadar luahan perasaan marah yang tak terbendung dan tak logik langsung saya nak bunuh orang.


Saya sedar saya orang baru, tapi saya juga ada perasaan. Kenapa tuduh saya cemburukan Sarah dengan Nabil sehingga beberapa blog dan akhbar menyebarkan perkara sama, sedangkan perkara yang dinyatakan tak wujud?



Lagi Gambar Mesra Memey Suhaiza Dan Norman Hakim


Nampaknya hubungan Norman Hakim dan Memei Suhaiza ini menjadi semakin serius dimana gambar mereka berdua yang menunjukkan kemesraan mereka tersebar di dunia internet ini dengan meluas.





Ammar Alfian Aziz Berani Buat Ugutan Bunuh di Laman Web Facebook

Berani giler mamat nih bagaikan ayam mencari makan di tepi Sungai Amazon. Itulah yang dilakukan oleh pelakon Tari Tirana iaitu, Ammar Alfian Aziz yang mengugut bunuh wartawan hiburan Malaysia yang melaporkan bahawa dia dan kekasihnya Puteri Sarah Liyana telah bergaduh di majlis pelancaran Lu Pikirlah Sendiri di laman web Facebook'nya pada hari Jumaat yang lalu.

Entrinya yang mula - mula hanya meluahkan perasaan bencinya terhadap laporan yang ditulis oleh wartawan itu yang berbunyi :


"Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I FUCKING HATE REPORTERS IN MALAYSIA".


Dan bila kawan - kawannya mengomen mengenai status Facebooknya, Ammar telah membalas dengan luahan kata - kata yang Admin rasa perlu double-check :


well they’re provoking me by making up stupid dumb story. Seriously if i meet up with dat asshole who created those stories bout me im gona fuckin’ kill em.. DATS MY WORD.


Memang gila betul la mamat seluar dalam nih. Nasib baik Admin bukan wartawan hiburan, hanya blogger gossip tempatan jek.








Diddy AF4 Selamat Bertunang

Dengan hanya dua kali lafaz sahaja, Syamsul Hirdi Muhid atau dikenali sebagai Diddy telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, iaitu Alleh Nor Azah Musa. Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Pihak Diddy telah menyediakan mas kahwin yang berjumlah RM10,000 dan juga tujuh dulang hantaran antaranya ialah beg tangan, alat solek, wangian, gelang tangan emas, tepak sirih dan kek.

Manakala pihak Alleh membalas dengan sembilan hantaran seperti komputer riba, wangian, baju Melayu, tali pinggang, dompet, kek dan sirih junjung. kesemua dulang hantaran mereka telah ditaja oleh Gidas Creation.

Jadi, Tahniah Admin ucapkan kepada dua pasangan bahagia ini dan Admin mendoakan korang berdua hidup aman dan damai serta perkahwinan korang berdua kekal sehingga hujung nyawa.







Program Fara Fauzana Alahai Fafau Di TV9

Tahniah setinggi - tinggi tahniah kepada Fara Fauzana kerana sekarang telah memiliki program sendiri. Fara Fauzana akan mula muncul di kaca TV saluran TV9 dengan rancangan Alahai Fafau.

Cantik nyer nama rancangan tuh, dedicated untuk blog nih ke?? Hehehehe..Anyway rancangan 13 episod yang disiarkan selama 30 minit ini memaparkan elemen komedi yang sesuai dengan perwatakan Fafau yang ceria dan lawak. Rancangan yang sempoi yang berbentuk interview ini tertumpu kepada minat dan hobi Fafau.

Alahai Fafau diterajui oleh penerbit Roslina Abdul Rahman yang dibantui oleh Siti Rahmah Hassan, Norshafina Ahmad dan juga Mohd Saifudin Mohd Din.

Jadi, jangan lupa saksikan rancangan temubual Alahai Fafau yang penuh dengan aksi-aksi menghiburkan dan mencuit hati pada setiap hari Ahad, pada pukul 9.00malam bermula 7 Februari ini hanya di TV9!

Mari ramai - ramai jadi peminat Facebook show Alahai Fafau di Sini!


P/S : Nanti leh la Kak Fafau promote blog Admin nih sikit - sikit kat show eh? Hehehe. Dan Selamat Hari Jadi Kak Fara Fauzana! Semoga Panjang Umur dan Sihat sejahtera.



Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin