Follow Me on Twitter

Gambar Fiq (Bekas DJ Hot Fm) Dengan Seluar Dalamnya

Baru citer pasal penyampai radio yang sakit, bekas penyampai radio yang lain pulak tunjuk gambar panas ala - ala Gay dia. Fiq bergambar dengan hanya memakai seluar dalam yang menampakkan bentuk kemaluannya untuk sebuah majalah. Habislah ko! meletup la name pasni





Din Beramboi Koma Di Hospital

Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Mior Ahmad Fuad atau dikenali sebagai Din Beramboi telah dimasukkan ke Hospital Selayang. Din Beramboi kini berada dalam keadaan kritikal.

Doktor terpaksa menidurkan Din akibat keadaan beliau yang sudah 3 malam tidak dapat melelapkan mata. Oleh itu, pihak keluarga Din tidak membenarkan sesiapa pun melawatnya memandangkan dia sedang dikawal rapi oleh doktor dan perlukan rehat yang secukupnya.

Doktor telah mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus dan berlaku pendarahan dalaman.Din telah mengadu sakit selepas melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.

Marilah kita bersama - sama berdoa agar Din cepat sembuh dari penyakit.





Gambar Dynas di Majlis Doa Selamat dan Tahlil

Mari kita gambar terkini Dynas Mokhtar semasa berlangsungnya Majlis Doa Selamat untuk bayinya yang akan datang dan tahlil arwah untuk anaknya yang meninggal dunia ketika dalam kandungan.




P/S : Meriahnya majlis Dnyas nih. Harap - harap bayi Dynas selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah



Gambar Siti Nurhaliza Layan Facebook

Dalam kesibukan Siti Nurhaliza dengan kerja - kerjanya, sempat jugak Siti berfacebook. Siap tunjuk - tunjuk kat monitor. Maklumlah Facebook Siti Nurhaliza Tarudin Official kini telah mencecah seramai 113,000 lebih peminat. Dan yang paling gempak sekali apabila semua "status update" Siti mendapat beratus - ratus "comment & like".



Yanie(Mentor) Telah Meninggal Dunia



Siti Suriane Julkarim atau dikenali sebagai Yanie(Pemenang tempat ketiga Mentor) disahkan meninggal dunia pada waktu Zuhor semalam. Yanie menderita hampir 4 bulan akibat ketumbuhan paru-paru di Hospital Keningau, Sabah.

Yanie telah meninggalkan seorang suami, Irfin Abdul Manan dan seorang anak perempuan bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun. Jadi Admin mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga Yanie dan dapat menerima ujian daripada Allah dengan penuh kesabaran.

Marilah kita bersama - sama sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan berdoa agar ditempatkan bersama - sama orang yang soleh.



(Wajib Tengok) Makanan Diet Seekor Gorilla

Kesian betul Gorilla nih sampai sanggup ikat perut demi nak kurus punya pasal. Mesti die kene kutuk ngan girlfriend sebab die gemok sangat pastuh berazam untuk menjadi lebih kurus dari biasa. Korang tengok la ape makanan diet die, memang berkesan dan menjimatkan duit korang. Seriously! Jimat duit.











P/S : Jadi korang da tau ape makanan diet gorilla nih, nak ikot x??

Gambar Anak Kembar Ziana Zain


Selepas lapan bulan melahirkan anak kembar sepasang lelaki dan perempuan yang diberi nama Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh, akhirnya Ziana Zain memperkenalkan anak kembarnya kepada pihak media semalam. Malas cakap banyak, korang layan gambar anak kembar Ziana Zain yang comel nih.







Rasa macam nak cubit - cubit jek pipi budak nih...

Nabil Hadapi Tuntutan Saman 2 Juta Ringgit

Pelawak terkenal , Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad kini menghadapi tuntutan saman yang berjumlah sebanyak 2 Juta ringgit selepas gagal memenuhi kontrak perjanjian dalam filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

SDAF Pictures yang menerbitkan filem berkenaan, melalui syarikat guaman Hing & Alvin Advocate & Solicitor telah menfailkan saman bertarikh 24 Februari 2010 keatas Nabil selepas pelakon utama Lu Pikirlah Sendiri De Movie itu telah memberi kenyataan media yang menjatuhkan reputasi filem berkenaan.

Melalui surat tersebut Nabil diminta menjelaskan RM2 Juta kepada SDAF Pictures ataupun kes ini dibawa ke mahkamah sekiranya gagal.

Sutradara filem tersebut, Aminah Rhapor menjelaskan pihaknya telah berbincang dan merasakan inilah keputusan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini.




Yatt Selamat Melahirkan Suci Hanania Malika

Syukur Alhamdulillah, itu yang diucapkan oleh Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah yang telah selamat melahirkan bayi sulungnya yang pertama. Bayi tersebut dilahirkan tepat pada pukul 6.13 pagi di Hospital Ampang Puteri. Berita gembira ini dikongsikan oleh Yatt di laman Facebooknya.



Admin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada Yatt kerana telah selamat melahirkan bayi yang diberi nama Suci Hanania Malika Bt Abdul Mutalib. Harap - harap dengan kehadiran bayi ini hubungan Yatt dan suami akan terus akrab dan tiada peselisihan faham.

Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin