Follow Me on Twitter

Ahli Fiqir Telah Berpisah

Sangat menyedihkan bagi Admin apabila mendengar berita tentang kumpulan Ahli Fiqir yang telah diburbarkan. Bukan salah sesiapa tetapi memang nih kehendak semua ahlinya. Jadi kita terpaksa la terima dan hormat keputusan diorang semua. Masing-masing telah mempunyai tanggungjawab sendiri lebih-lebih lagi Mawar yang kini sedang mengandung 5 bulan.

Dia merasakan adalah tidak adil untuk anggota Ahli Fiqir yang lain sekiranya selepas ini dia tidak dapat selalu turut serta dengan Ahli Fiqir. Sebab tuh bagi Mawar, pembubaran Ahli Fiqir merupakan jalan terbaik kerana sekurang-kurangnya tanpa menggunakan nama Ahli Fiqir, anggota kumpulan itu boleh bergerak secara solo. Menurutnya lagi,

“Saya fikir kalau saya berehat terlampau lama mungkin akan mengganggu aktiviti atau jadual Ahli Fiqir. Lagipun bila umur meningkat tanggung jawab kita pun makin banyak. Bila selalu sangat tiada, nanti orang akan fikir Ahli Fiqir ada masalah pula,”


Jadi kepada semua peminat - peminat setia Ahli Fiqir, janganlah korang bersedih hati lagi kerana tak dapat nak dengar lagu - lagu diorang yang best dan liriknya yang sungguh bermakna. Mari kita abadikan kenangan bersama Ahli Fiqir menerusi keindahan lirik lagu Janganlah Pergi Mawar.


Janganlah Pergi Mawar.


Berat Badan Naik Mendadak, Elyana Berhenti Ambil Pil Pelansingan

Gambar terbaru Elyana yang membuat persembahan di majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan sangat mengejutkan Admin. Kalau kita tengok gambar Elyana kat atas tuh, kita sendiri pun takkan percaya yang tuh die. Bentuk badan Elyana nih yang berisi memang buat semua orang terkejut berok.

“Memang saya risau dengan pertambahan berat badan ini. Hendak katakan badan naik kerana selera makan bertambah, rasanya tidak pula. Selera makan saya sama macam dulu. Cuma sekarang ini kalau saya kontrol makan pun, berat badan saya tidak turun. Sedangkan sebelum ini makan banyak mana pun, berat badan saya tidak naik."


Elyana juga memberitahu pihak media yang berat badannnya sudah mencecah 62 kilogram, daripada 51 kilogram.

“Dulu saya pernah makan pil, tapi apabila saya berhenti mengambilnya, berat badan saya jadi bertambah naik. Sekarang ini saya memang tidak berani dan tidak mahu ambil sebarang pil pelangsingan,” tambah Elyana.


Harap - harap lepas nih Elyana akan jadi pelanggan tetap kat gym yang berdekatan rumah Elyana untuk buang lebihan 11kg tuh. Bersenam banyak - banyak dan amalkan 5M.



Jawatan Kosong??

Kepada sesiapa yang tengah menganggur dan susah sangat nak carik kerja dan korang rase hidup nih dah tak bermakna, Jangan risau, ade jawatan kosong untuk korang. Kelayakan untuk dapatkan kerja tuh taklah susah sangat dan korang hanya perlu bawak dokumen asal Iman dan Amal untuk temuduga.

Ape lagi, sebarkanlah flyer nih kat kawan - kawan korang yang tengah menanam anggur tuh. Oppss! maksud Admin menganggur.Hehehe
+ Klik gambar di atas untuk pembesaran tulang temulang.

(TAHNIAH) Bunga Cinta Lestari 4 Bulan Hamil

Patutla sekarang dah lame tak dengar berita ape - ape pon pasal Ashraff Sinclair dan Bunga Cinta Lestari nih. Rupa - rupanya Bunga Cinta Lestari nih dah pon mengandung dan kandungannya telah pon mencecah 4 bulan. Tahniah kepada kedua - dua pasangan bahagia ini dan harap semuanya berjalan lancar sampaila proses melahirkan anak tuh nanti.

Admin harap Bunga akan lebihkan masa untuk berehat di rumah dan jangan buat kerja yang terlalu berat. Kalau boleh elakkan dari mengambil segala jenis ubat sebab ini boleh merosakkan pertumbuhan anak yang di dalam kandungan Bunga itu. Kalau korang ade lagi tips - tips untuk ibu mengandung, share lah kat sini mane tau kalau Bunga terbace kot entry nih.Hehehe

Admin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Bunga dan Ashraff


(Gambar)Wangi Fabulous Cat Bergurau Senda Dengan Lan Pet-Pet



Kelakar betul la diorang dua - dua nih, sempoi jek.

Ayu OIAM Nikah Sebelum Mengandung


Setelah lama menghilangkan dirinya, akhirnya Ayu OIAM memunculkan dirinya dan membuat statement tentang perkahwinannya dengan seorang duda yang berusia 23 tahun. Nak sampai setahun jugak la Ayu menyepikan dirinya disebabkan kontroversi nie.

Sebelum ini hangat diceritakan yang Ayu dah termengandung sebelum nikah, tapi Ayu menafikan gosip-gosip tersebut. Jujur atau tidak pengakuan tersebut, hanya Ayu OIAM sahaja yang tahu. Apa yang penting sekarang dah dapat anak maka silalah jaga elok-elok. Menurutnya lagi,
Ya, saya menghilang selama ini kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan anak yang masih kecil. Saya minta maaf kerana tidak memberitahu tentang perkahwinan saya pada Januari tahun lalu atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Kini saya bahagia bersama suami iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin bersama anak kami, Syed Nashrul Haikal. Saya juga sudah bersedia untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Baguslah sebab bercuti nak jaga anak. Anak-anak masa kecik nielah perlukan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Terharu kami melihat kesanggupan Ayu OIAM untuk meninggalkan dunia glamer demi menjaga anak dia. Bukan senang nak buat macam tue.
Spekulasi tentang saya hamil sebelum berkahwin itu tidak benar, saya telah berkahwin dahulu sebelum melahirkan anak. Kami berkahwin secara sederhana di Kuala Kangsar. Ketika majlis tersebut saya turut ditemani oleh bapa saya. Mulut orang kita tidak boleh tutup, jika orang masih ingin berkata tentang saya, biarlah. Saya hanya ingin minta maaf kepada peminat dan pihak pengurusan kerana menghilang selama ini.

Hmmm. Sepatutnya cakap kami telah berkahwin dulu sebelum mengandung. Baru tak ada keluar spekulasi lain yang bukan-bukan. Apa-apa pun tahniah kepada AYU OIAM yang kini bergelar ibu. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan cucu cicit. Dan jangan laa bercerai berai lagi, tak sanggup Admin nak tulis pasal artis bercerai jer. Tapi kalau ade lagi pon abang tetap tulis. Demi pembaca setia Admin..hehehe

Sumber

Wan Sharmila Dengan Imej Baru

Pelakon kelahiran Johor, Wan Sharmila yang popular dengan drama bersirinya Tari Tirana kini telah bertukar imej. Wahh! dengan rambut yang kembang dan kerinting cmtuh, sempat pulak dia berposing gedik. Gambar yang first nih bukan imejnya yang terbaru tau. Malas tulis banyak, Enjoice!


Haa...Ini baru imej die yang latest! Kerinting gitu...


Pembaca Berita Tv1 Suriani Rahman Berpesta


Nak tahu siapa wanita kat atas nih?? Dialah Suriani Rahman, pembaca berita RTM yang berpenampilan sopan.

Sekarang nih, semua forum hiburan tempatan tengah hangat dengan gambar adik Suriani Rahman yang berpesta sakan sambil memakai rantai salib di lehernya.

Admin tak nak la citer panjang - panjang lagi nanti sakit mata korang nak bace semua nih.Layan la eh gambar di bawah nih, kalau sayang mak ngan bapak korang dan tak nak masuk neraka jangan la buat perangai macam nih.


Buat pengetahuan korang semua, inilah dia wajah adik Suriani Rahman.



Siapa Berani Order Makanan Beracun

Mari - mari kita singgah sebentar menghilangkan rasa lapar di restoran nih yang menjual Mee Racun. Kuey Tiaw dengan Bihun pon ada. Ini kalo Admin makan nih, bukan kenyang perot tapi mati on the spot. Sape yang berani boleh la try makan lauk nih. Lazat!




P/S : Kalau kita pegi kat restoran nih, mesti ramai orang sume dah terbaring atas lantai kan?

Kesakitan Pecah Dara

Kepada semua kaum perempuan yang masih dara lagi tuh, simpan la eh untuk suami korang. Admin tau entry nih agak lucah sikit kan? Takpe2...Admin nak tunjukkan kat korang semua macam mana kesakitan yang kaum Hawa nih alami ketikan pecah dara.




P/S : Nampak tak betapa sakitnya?? sampai kene spray ubat pelali lagi tuh…..ish3



Gambar Kemalangan Maut Achik Spin, Al - Fatihah

Mari kita lihat gambar di sekitar kemalangan yang berlaku di lebuhraya Kajang, Seremban yang menyebabkan kematian seorang penghibur tempatan kita, Achik Spin.










Takziah kepada keluarga Achik Spin dan marilah kita mendoakan agar roh Achik Spin ditempatkan di kalangan orang yang beriman

Achik Spin Kembali ke Rahmatullah Akibat Kemalangan

Admin baru sahaja mendapat berita tentang kematian Achik Spin yang juga vokalis kumpulan Spin akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya Kajang, Seremban.

Ketika itu dia membawa kereta (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar pada malam ini.




Sama - samalah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di golongan yang Allah berkati. Marilah kita doakan kesejahteraannya dan sedekahkan Al - Fatihah untuknya..


Gambar Anak Nora Danish dan Rizal


Kelip - kelip mata, dah besar anak Nora Danish dan Jejai. Makin hari makin sepet mata anaknyer....hehehehe. Nih kalau dah besa nanti mesti jadi lebih comel dan hensem. Yang penting sekali korang semua layan la eh gambar Putra Rayqal Ramli nih. Layans!!








Keputusan Penuh ABPBH 2009


Berakhir la sudah ABPBH untuk tahun 2009 ini. Tahniah kepada pemenang - pemenang bagi semua categori dan tahniah kepada Dato' Siti Nurhaliza kerana berjaya menjadi Bintang Paling Popular 2009. Mari kita tengok keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

Anugerah ABP 2009- Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi
(Sempat sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi)

Pengacara TV Wanita Popular - Farah Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular - Farah Fauzana (lagi sekali!)

Artis Berkumpulan Duo Popular - Bunkface! (YEAH!!)

Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah

Artis Baru lelaki Popular - Black Mentor

Artis Baru Wanita Popular - Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak

Pelakon TV wanita Popular - Tiz Zaqyah

Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular - Aizat

Penyanyi Wanita Popular - Dato’ Siti Nurhaliza

Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular - Liyana Jasmay

Bintang Paling Popular 2009 - Dato’ Siti Nurhaliza

Bunkface punya persembahan opening ABPBH memang gempak la. Mula - mula terkejut gak Admin tengok make-up Sam, macam badut sarkas. Tapi lepas tengok diorang perform rasa macam nak ulang balik jek. Tahniah!

Din Beramboi Meninggal Dunia

Pemergian Din Beramboi atau dikenali sebagai Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44,telah disahkan meninggal dunia pada 12.35 pagi(2 April 2010) di Hospital Selayang. Segala lawak jenaka Allahyarham setiap pagi di Era pasti Admin akan rindu.


Allahyarham meninggal disebabkan menghidap penyakit denggi berdarah
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.


Admin berasa terkejut apabila membaca status twitter Din Beramboi beberapa minggu sebelum arwah jatuh sakit.

Dan selang beberapa hari, Arwah menulis status di Twitter merasakan yang ajalnya semakin tiba.



Oleh itu, marilah kita bersama - sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Mior Ahmad Fuad. Semoga beliau mendapat keampunan dari Allah S.W.T dan ditempatkan di golongan orang yang beriman.

Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin