Follow Me on Twitter

Permainan Rahsia Di Youtube Player

Mungkin ramai yang tidak tahu lagi tentang rahsia dkat Youtube nih. Time bosan - bosan menunggu video korang loading sebab internet korang lambat sangat, boleh la korang semua main game snake nih.

KHAS UNTUK INTERNET YANG LEMBAB SAHAJA....HAHAHAHA


(PANAS) Joe Radzwill, Aida Rahim Cerai Talak Satu


Setelah hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga pada November 2002 di Yala, Thailand akhirnya pasangan Aida Rahim dan Joe Radzwill mempersetujui untuk satu penceraian. Mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya pada pagi tadi selepas Joe melafazkan talak satu kepada Aida Rahim.

Semoga keputusan mereka berdua ini ialah penyelesaian terbaik yang pernah mereka lakukan dan Admin harapkan mereka bahagia dengan keputusan mereka.



Nasib AC Mizal Ditentukan Pada 28 Oktober Ini


AC Mizal mungkin akan dihantar ke penjara kerana kegagalannya untuk membayar nafkah dua orang anaknya hasil perkahwinan pertama sebanyak RM50,000. Keputusan sama ada AC Mizal mungkin akan masuk penjara atau tidak akan diketahui pada 28 Oktober nanti.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding komital itu memfailkan hujahan pada Khamis.

Prosiding hanya dihadiri oleh AC Mizal manakala Shafnie dimaklumkan mempunyai urusan yang menyebabkan dia tidak berkesempatan hadir di mahkamah dan AC Mizal diwakili peguam syarie Siti Aishah Din.

Dia yang sinonim dengan watak Inspektor Mazlan dalam drama Gerak Khas berkahwin dengan Shafnie pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Sumber : mStar+

(GAMBAR) Megat Evan Raez, anak kepada Intan Sarafina

Geramnyer tengok anak Intan Sarafina nih, Megat Evan Raez. Comel giler dan rasa cam nak cubit - cubit jek pipi budak kecik nih.





Kredit kepada : Mediamalaya.com


(GAMBAR) Anak Perempuan Aishah Sinclair, Soraya Ann


Gambar bayi yang comel kat atas nih adalah anak kepada Aishah Sinclair yang baru dilahirkan pada tarikh 15 Ogos 2010. Kalau tengok lama - lama, rasa macam nak picit2 jek pipi bayi nih kan?? Hehe

By the way, nama anak Aishah Sinclair nih Soraya Ann. Dah besar nanti kompem secomel mak die.

Cara Nak Kejutkan Orang Bangun Sahur

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur, inilah cara yang paling terbaik

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan - lahan..
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'dunia nak kiamat!' atau 'tsunami!'
6. Letak KFC, MCD ataupon Ayam Goreng masak Merah kat sebelah hidung dia..biar dia amik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaa sin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya

Innalillahi wainnalillahirajiun......


Mizz Nina Join Konsert Arthur's Day

Sememangnya konsert ini memang ada kaitan dengan arak, tetapi tak mungkin Mizz Nina tak mengerti apakah itu Arthur's Day? Konsert sempena Arthur’s Day yang bakal dimeriahkan oleh Timbaland dianjurkan untuk memperingati ulang tahun sebuah syarikat arak, Guiness.




Sediki info dari pak cik wikipedia
Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators.




Perkara seperti ini memang memalukan bagi seorang artis yang beragama Islam. Admin harapkan artis - artis yang lain tidak mengikut jejak langkah mereka kerana banyak lagi invitation untuk buat konsert yang lain, tapi kenapa Mizz Nina nak ambik konsert nih? Harap - harap Mizz Nina sempat menukar fikiran dan berfikir masak - masak untuk tarik diri daripada membuat persembahan di konsert sempena memperingati ulang tahun syarikat arak ini.

Dan kepada artis - artis yang lain, harap dapat memberi perhatian dalam bab - bab macam nih

(PANAS) Sharifah Aini Menangis Kerana Siti Nurhaliza

Rasanya semua orang pun dah tahu bahawa Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini pernah bertegang urat pada suatu masa yang dahulu. Tetapi, semua itu telah berlalu dan tidak ada gunanya untuk diungkit semula kerana Siti pun telah mengaku bahawa dia telah melupakan kisah lama mereka.


“Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru,”

“Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku,” kata Sharifah Aini pula.

Alhamdulillah mereka telah menjernihkan air yang keruh dalam bulan Ramadhan ini. Bagus untuk mereka berdua.




Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini telah ditemukan oleh kumpulan Utusan Malaysia menerusi inisiatif editor majalah URTV, Huzz bersama Berita Harian di dalam satu sesi fotografi. Kak Pah terus menangis apabila Siti merebahkan kepala di riba Kak Pah sambil memohon maaf dan air mata Kak Pah terus mengalir kerana terlalu terharu.



(VIDEO) Justin Bieber Dilontar Botol Air

Buat peminat - peminat setia Justin Bieber yang melihat video ini, mungkin ini satu penghinaan bagi artis popular pujaan wanita zaman sekarang. Tetapi bagi sesiapa yang kurang suka dengan Justin Bieber ini, mungkin anda suka dan terhibur melihat video ini kerana Admin pon tergelak - gelak tengok.

Selepas Justin berjaya menempis botol itu, pelontar botol itu telah dikenalpasti sebagai seorang peminat wanita kerana sudah semestinya tidak mungkin peminat lelaki akan menghadiri konsert Justin Bieber. Haha



(SENARAI) Calon Gadis Melayu Musim Ke 3


Setelah selesai Gadis Melayu musim yang ke -2 yang penuh dengan kontrovesi melibatkan peserta - pesertanya, musim ke - 3 muncul dengan 9 calon yang baru. Calon - calon yang dipilih semuanya cantik - cantik dan hebat belaka.

Senarai 9 calon gadis Melayu musim ke 3 kali ini ialah :

1- Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, dari Johor

2- Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang

3- Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah

4- Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor

5- Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor

6- Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang,

7- Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor

8- Norazrina Mohd Salleh (Rina) 25, dari Selangor

9- Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.


Admin harap peserta Gadis Melayu musim ke - 3 boleh mengambil pengajaran dalam Gadis Melayu pada musim yang ke - 2 yang lalu.


(GAMBAR) Anak Artis Dalam Fesyenista Baby KIKO

Kali ini kita akan tengok gambar - gambar anak artis yang terkenal dijemput hadir untuk menggayakan baju jenama KIKO dalam Fesyenista Baby Kiko. Comel betul
















(GAMBAR) Lawak Syaitan di Bulan Ramadhan

Padan muka! Haha, Manchester United kalau main bola time bulan Ramadhan yang mulia nih kompem banyak kalah nyer. Syaitan dah kene ikat. Hahahaha

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!!

Bung Mokhtar Beraya Di Luar Penjara Bersama Zizie

Berita baik kepada Zizie Ezette dan juga Bung Mokhtar sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Mereka dapat menyambut hari raya bersama - sama sebagai pasangan suami isteri die luar penjara. Ini kerana Mahkamah Tinggi Syariah Sham Alam telah menerima rayun Bung Mokhtar dan membayar jumlah duit yang tak semahal yang disangka, RM1,000.

Kepada pasangan suami isteri nih, Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mulia nih. Jangan lupa pergi ke Masjid yang berdekatan untuk menunaikan soolat tarawih. Kalau tak sibuk boleh la luangkan masa solah berjemaah 5 waktu kat masjid.

Dapat la Bung Mokhtar ngan Zizie menganyam ketupat bersama - sama. Hehehe. Jangan la lupa dekat bini pertama sudah la yer.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Kepada seluruh umat Islam di dunia ini, Admin ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Admin mengharapkan bahawa korang semua puasa penuh. Marilah kita bersama - sama memenuhkan saf - saf yang kosong di Masjid berdekatan dengan anda. Siapa lagi yang nak penuhkan Masjid selain daripada kita??

Harap kita dapat memperbanyakkan lagi ibadat kita yang kita lakukan pada tahun sebelum ini dan kalau boleh khatam Al - Quran. Kepada kaki ponteng puasa, janganlah carik - carik tempat kosong nak ponteng puasa eh..Hahahaha

(GAMBAR) Kucing Yang Marah Tidurnya Diganggu

Kalau kucing macam nih, korang jauhkan la diri demi keselamatan korang sebab kalau tengok rupa kucing nih pon dah macam pembunuh upahan.










Saman Nabil Bernilai RM2 Juta Digugurkan


Syarikat SDAF pictures menarik balik saman yang telah difailkan terhadap Juara rancangan Raja Lawak, Nabil (gambar) kerana melanggar kontrak promosi dan memperlekehkan filem lakonannya sendiri, Lu Pikirlah Sendiri De Movie. Syarikat itu juga bersetuju untuk membayar jumlah bayaran yang tertunggak dan kos guaman yang ditanggung oleh Nabil dalam kes ini.

Mungkin ini rezeki bulan ramadhan yang bakal menjelma untuk Nabil. Mungkin Nabil akan buat kenduri kesyukuran dengan menjamu anak yatim dan peminat-peminat yang ada.

“Saya gembira dan terharu kerana segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan SDAF Pictures mengambil sikap terbuka untuk menyelesaikan pertikaian ini.

“Lebih-lebih lagi sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini di mana kita sebagai orang Islam digalakkan untuk bermaaf-maafan,”


Harap - harap artis yang lain pon akan jadikan kes Nabil nih sebagai satu pengajaran supaya kita berhati - hati apabila kita bercakap.



Lepak dulu kat blog nih lama - lama sikit, ade banyak lagi cerita - cerita lawak dan gossip - gossip panas artis yang korang tak bace lagi kat blog nih.

Blog Widget by LinkWithin